Amanah Raya jadi pemegang
amanah rumah amal, kebajikan - Utusan Malaysia

Amanah Raya jadi pemegang
amanah rumah amal, kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 8 Okt. – Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) memberi fokus kepada usaha menjadikan agensi itu sebagai pemegang amanah kepada rumah-rumah amal dan kebajikan di seluruh negara dalam usaha memperkasakan lagi pengurusannya.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Adenan Md. Yusof berkata, pendekatan itu juga dapat mengelakkan kes-kes penyelewengan dan penipuan derma yang sering berlaku sekali gus memastikan setiap dana disalurkan dengan telus.

“Pada masa ini Pusat Jagaan Mahmudah di Kuala Lumpur menjadikan Amanah Raya sebagai pemegang amanah dan kita menggalu-alukan lebih banyak lagi penyertaan dari rumah-rumah amal serta kebajikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi Amanah Raya, dana akan diurus dengan lebih baik, profesional dan tidak akan ada penyelewengan,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Ziarah Kasih Bersama Peng­huni Badan Amal Nur Zaharah di Janda Baik di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Badan Amal Nur Zaharah, Nik Ahmad Ryad Nik Mohamad.

Menurut Adenan, selain menguruskan dana di rumah amal dan kebajikan, Amanah Raya juga akan melabur dana yang ada untuk pulangan lebih baik bagi memastikan kelangsungan rumah amal berkenaan dalam jangka panjang.

Katanya, dalam menguruskan dana berkenaan pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang disertai oleh pihak rumah amal dan kebajikan bagi melihat keperluan mereka.

Sementara itu beliau berkata, dalam program yang melibatkan 70 warga kerja Amanah Raya kali ini, pihaknya turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM15,000 selain barangan keperluan kepada penghuni rumah berkenaan.

“Kita akan meneruskan lagi program ini dari semasa ke semasa. Tahun ini kita merancang me­laksanakan tiga program dengan yang terakhir diadakan di Terengganu, November ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini