Dua pelari maraton maut diserang sakit jantung - Utusan Malaysia

Dua pelari maraton maut diserang sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Okt. – Dua pelari yang pengsan selepas menamatkan larian dalam acara Cardiff Half Marathon meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital dipercayai akibat mengalami serangan jantung.

Salah seorang pelari berusia dalam lingkungan 30-an pengsan di hadapan isteri dan anaknya yang berusia setahun manakala seorang lagi mangsa dalam usia 20-an mengalami keadaan sama selepas menamatkan larian bersama-sama teman wanitanya.

Jurucakap penganjur acara berkenaan berkata, pihaknya amat ‘sedih’ dengan kejadian yang dialami mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua lelaki yang menyertai maraton pada 7 Oktober lalu meninggal dunia dan kaum keluarga mangsa telah dimaklumkan,’’ kata beliau seperti mana dilaporkan portal Metro.co.uk.

Lebih 25,000 peserta me­ngambil bahagian dalam larian sejauh 21 kilometer dalam ke­adaan cuaca yang baik.

Acara Cardiff Half Marathon yang bermula pada 2003 merupakan acara kedua terbesar seum­pamanya di United Kingdom (UK) selepas The Great North Run.

Sementara itu, salah seorang peserta yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu seorang peserta sakit selepas menamatkan larian.

“Bagaimanapun, apabila dua peserta meninggal dunia se­rentak, ia amat mengejutkan kerana penganjuran acara ini dikendalikan dengan baik malah bantuan perubatan juga disediakan. Takziah kepada keluarga mang­sa,’’ katanya.

Acara yang dianjurkan Run4Wales itu bermula dari istana Cardiff pada pukul 10 pagi dan tamat di luar Pusat Sivik.

Ketua Eksekutif Run4Wales, Matt Newman menyifatkan kematian peserta tersebut sebagai satu tragedi buruk.

“Unit perkhidmatan kecemasan telah memberi bantuan sepantas mungkin dengan sewajarnya. Semua pihak yang terlibat dengan acara ini merasa sangat sedih,’’ katanya.

Menurut beliau, kejadian ter­sebut adalah yang pertama dalam sejarah 15 tahun penganjuran maraton itu.

“Kedua-dua mangsa diberi rawatan segera oleh pasukan kecemasan di garisan penamat dan mereka telah dikejarkan ke Hospital Universiti Wales tetapi akhirnya meninggal dunia,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini