RM436.3 juta untuk bajet MBPJ - Utusan Malaysia

RM436.3 juta untuk bajet MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 8 Okt. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM436.3 juta bagi Bajet 2019.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pengurangan peruntukan sebanyak 10.82 peratus atau RM53 juta berbanding tahun lalu itu adalah untuk perbelanjaan mengurus iaitu sebanyak RM325.7 juta manakala perbelanjaan pembangunan (RM110.6 juta).

“Bajet 2019 disediakan berlandaskan wawasan MBPJ untuk memantapkan kedudukan kewangan bagi menjadikan bandar raya ini terus berdaya huni dengan imej dan urus tadbir baik serta persekitaran yang selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MBPJs akan terus menguruskan kewangannya dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan yang efektif agar pembangunan yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Petaling Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Majlis Khas Bajet 2019 bersama Ahli-ahli Majlis MBPJ di ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini