Darul Quran komited lahir huffaz profesional - Utusan Malaysia

Darul Quran komited lahir huffaz profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Darul Quran terus komited dalam melahirkan huffaz profesional yang mahir dalam pengajian al-Quran demi keperluan ummah serta negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, hasrat tersebut merupakan kelestarian kepada Pelan Tindakan Pemerkasaan Darul Quran bagi tahun 2015-2019 iaitu melalui pemerkasaan program pengajian dengan mempergitakan kerjasama Universiti Awam bagi menyediakan alternatif program pengajian kepada pelajar.

“Bagi mencapai maksud tersebut, pihak Jakim melalui Darul Quran telah memulakan program huffaz profesional dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 diikuti dengan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 2012 seterusnya yang ketiga dengan Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya (CUCMS) pada 2013.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi CUCMS, seramai sembilan orang pelajar telah dianugerahkan Sijil Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS dalam Majlis Istiadat Konvekesyen Darul Quran Jakim ke-27 yang diadakan pada 11 Ogos lalu dan bakal bergelar ‘doktor al-hafiz’, UNITEN pula fokus untuk melahirkan jurutera dalam kalangan huffaz manakala UIAM pula melahirkan huffaz dalam pelbagai disiplin ilmu lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Darul Quran yang diwakli Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dengan CUCMS yang diwakli Presiden CUCMS, Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak.

Beliau berkata, sehingga tahun ini, program pensijilan tahfiz al-Quran Darul Quran berjaya melahirkan seramai 1,790 orang huffaz profesional hasil kerjsama dengan tiga insitusi pengajian tinggi iaitu UIAM, UNITEN dan CUCMS manakala Darul Quran sendiri melahirkan 7,503 graduan secara keseluruhan.

“Hasilnya terlalu baik (jumlah graduan huffaz profesional yang dilahirkan) dan program ini menjadi modul kpd dunia dalam melahirkan tahfiz profesional maka penguasaan dua bidang ilmu seperti sains dan al-Quran memerlukan kepada pemantapan kurikulum, pengawalan penaziran serta pentaksiran yang amat teliti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini