Tidak perlu berhimpun depan SPRM - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Tidak perlu berhimpun depan SPRM – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya tiada sebarang perhimpunan dianjurkan di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada Rabu ini.

Beliau memberitahu, kehadirannya ke ibu pejabat SPRM itu nanti adalah bertujuan memberi keterangan.

“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibu pejabat SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Difahamkan, Ahmad Zahid telah menerima waran daripada SPRM pada minggu lalu supaya hadir ke ibu pejabat agensi itu Rabu ini.

Berikutan daripada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam telah meminta orang ramai berkumpul di luar ibu pejabar SPRM di Putrajaya pada pukul 9.30 pagi sebagai tanda solidariti kepada Ahmad Zahid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini