Polis sahkan lima mangsa rentung dari empat keluarga berbeza - Utusan Malaysia

Polis sahkan lima mangsa rentung dari empat keluarga berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Polis mengesahkan lima individu termasuk seorang bayi yang maut selepas rentung dalam kemalangan tragis di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini adalah daripada empat keluarga yang berbeza.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan berkata, ahli keluarga mangsa ketiga hadir ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar hari ini bagi menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

“Hari ini seorang lagi waris mangsa keempat kemalangan tersebut dari Shah Alam, Selangor yang mengesyaki salah seorang mangsa adalah ahli keluarga mereka tampil untuk menyerahkan sampel DNA. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua DNA daripada waris mangsa itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor untuk diuji sebelum pengesahan identiti dapat dibuat,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini. 

Menurutnya, polis masih lagi mengesan waris mangsa kelima yang masih belum tampil menyerahkan DNA. 

“Kami menasihatkan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam tempoh 24 jam supaya segera membuat laporan di balai polis berhampiran agar identiti kesemua mangsa dapat dikenal pasti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini