Mangsa kemalangan libatkan empat keluarga - Utusan Malaysia

Mangsa kemalangan libatkan empat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 10 Okt. – Kemalangan maut yang mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kelmarin, dipercayai melibatkan empat keluarga.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Zahiri Hassan berkata, setakat ini tiga waris telah tampil ke hospital bagi melakukan proses pengecaman dan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, sampel DNA waris mangsa yang telah diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Waris tiga mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang telah tampil ke hospital semalam untuk proses pengecaman manakala seorang lagi hadir hari ini.

“Waris terbaharu ini berasal dari Shah Alam dan hadir untuk proses pengecaman setelah mengesyaki salah seorang mangsa yang duduk di bahagian hadapan kereta merupakan ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini