PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk kali yang ketiga ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 10 pagi Rabu ini.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, beliau menyeru semua ahli-ahli dan kepimpinan UMNO untuk hadir sebagai tanda solidariti kepada Ahmad Zahid.
“Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan presiden kita yang kini menjadi sasaran regim zalim Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DAP. Jangan biarkan presiden kita keseorangan ! Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah UMNO yang kini dirobek olah sang penguasa,” katanya menerusi satu kenyataan yang diedarkan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Zahid sebelum ini disoal berkaitan penggunaan dana organisasi kebajikan Yayasan Akal Budi yang digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit beliau.
Dalam pertemuan lain, Ahmad Zahid disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan berkata, hadir untuk menyatakan sokongan buka satu kesalahan, justeru beliau meminta semua pihak tidak takut dan gentar.
“Saya akan hadir dengan memakai baju oren lokap SRPM. Terpulang kepada anda mahu pakai baju apa,” jelasnya. – K! ONLINE











