Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikaji semula - Utusan Malaysia

Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Okt.- Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikaji semula bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah yang menyebabkan kematian termasuk lesen memandu digantung seumur hidup.

ANTHONY LOKE
ANTHONY LOKE 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kajian akan dibuat secara terperinci dan perkara itu perlu diberikan perhatian kerana pihaknya memandang serius terhadap kes kemalangan yang melibatkan kematian.

“Hukuman dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dilihat longgar, sekarang hukuman maksimum adalah 10 tahun dan kebanyakan kes terdahulu, hukuman yang dikenakan ke atas pesalah tidak sampai 10 tahun dan tanpa sebatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lesen juga hanya digantung untuk tiga tahun sahaja dan kita mahu cadangkan agar lesen pesalah dibawah seksyen ini digantung untuk seumur hidup,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini