Kementerian Pengangkutan kaji gantung lesen seumur hidup - Utusan Malaysia

Kementerian Pengangkutan kaji gantung lesen seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji cadangan untuk menggantung lesen seumur hidup bagi pesalah jalan raya yang menyebabkan kemalangan maut.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pada ketika ini di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman gantung lesen selama tiga tahun bagi kesalahan pertama dan 10 tahun untuk kesalahan kedua adalah terlalu ringan dan tidak cukup ketat.

“Apabila seseorang memandu dengan melulu dan menyebabkan hanya satu kematian sudah memadai kesalahan ini dianggap sangat serius dan pada pandangan saya hukuman yang setimpal ialah menggantung lesen seumur hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kajian perlulah dilakukan dengan semua pihak berkepentingan kerana cadangan ini perlu melibatkan Jabatan Peguam Negara dan dibentangkan di Parlimen untuk pindaan akta,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemalangan maut yang melibatkan lima lima individu termasuk seorang bayi ditemui rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori yang membawa muatan bijih besi di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara Selatan Sabtu lalu.

Kelima-lima mangsa dipercayai sekeluarga, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam nahas tersebut.

Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dan kereta yang dinaiki ke­semua mangsa dalam perjalanan menuju ke arah utara.

Difahamkan, lori jenis Volvo tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang.

Lori tersebut dipercayai hilang kawalan dan telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan lebuh raya menyebabkan kenderaan berat itu menghimpit dan bergesel dengan beberapa buah kenderaan lain sebelum mengheret kereta mangsa yang berada di lorong kanan.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta berkenaan terhimpit di antara pembahagi jalan kon­krit di tengah laluan dengan badan lori sebelum kereta tersebut terbakar

Kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia akibat rentung di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini