KDN kenal pasti keperluan logistik dan kebajikan polis - Utusan Malaysia

KDN kenal pasti keperluan logistik dan kebajikan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri akan melakukan lawatan ke semua balai polis di seluruh negara secara berperingkat untuk mengenal pasti keperluan pasukan keselamatan di negara ini.

Timbalan Menteri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, lawatan itu akan menumpukan penambahbaikan keperluan logistik, infrastruktur dan kebajikan petugas polis dalam negara.

Menurut Mohd. Azis, maklumat daripada setiap lawatan akan dikaji secara menyeluruh sebelum sebarang peruntukan disalurkan oleh pihak kementerian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian perlu turun bawah untuk melihat sendiri keperluan anggota keselamatan supaya kita dapat memperjuangkan keperluan mereka termasuk menyediakan peruntukan bersesuaian.

“Antara keperluan yang akan kita lihat ialah aspek pembangunan seperti baik pulih balai polis, kuarters dan beberapa isu logistik yang melibatkan pengangkutan serta anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Taklimat bersama warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keperluan pasukan keselamatan di Sabah, Mohd. Azis berkata, terdapat dua projek pembinaan balai baharu di negeri ini yang sedang berlangsung.

Katanya, pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang baharu di Kepayan dijangka siap lebih awal dengan dua peratus mendahului jadual asal manakala  tender melibatkan projek pembangunan Polis Gerakan Am (PGA) di Beluran telah pun dibuka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini