Lega sebelum ke kubu lawan - Utusan Malaysia

Lega sebelum ke kubu lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CABARAN calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat berjaya, iaitu perlu mendahului lawannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum pemilihan parti peringkat negeri Selangor diadakan minggu depan.

Kegembiraannya jelas tergambar apabila Rafizi aktif memaklumkan keputusan Pemilihan PKR di negeri-negeri Pantai Timur dan Wilayah Persekutuan yang dimenanginya dalam akaun Twitter beliau, yang tidak dilakukannya sewaktu tewas di Pulau Pinang dan Johor.

Kemenangan Rafizi di Wilayah Persekutuan cukup kritikal baginya dalam saingan perebutan jawatan nombor dua PKR itu, kerana sentimen sokongan terhadap beliau itu berupaya melimpah ke negeri jiran, iaitu Selangor yang me­rupakan kubu kuat Mohamed Azmin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selangor yang memiliki sekitar 400,000 ahli, iaitu te­ramai berbanding mana-mana negeri, dianggap sebagai kubu Mohamed Azmin berbekalkan reputasi sebagai Pengerusi PKR negeri dan bekas Menteri Besar.

Namun, kekuatan Rafizi tidak boleh dipandang re­n­dah, kerana ahli-ahli kemnya ramai yang datang dari Se­langor seperti Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Sumbangan ahli-ahli kem cukup penting, buktinya apabila Rafizi menang bergaya di Cabang Setiawangsa, iaitu kawasan Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilihat menyokong Rafizi.

Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap, kedudukan Rafizi itu belum cukup selamat kerana kelebihan tidak sampai 50 undi itu dilihat agak mudah untuk dipadamkan oleh Mohamed Azmin di Selangor nanti.

Rafizi dilihat rugi apabila gagal menang dengan margin yang besar di negeri-negeri Pantai Timur lebih-lebih lagi Terengganu yang merupakan negeri kelahirannya.

Tempoh lima atau enam hari yang akan datang bakal digunakan sebaik-baiknya oleh Rafizi dan Mohamed Azmin untuk menaikkan semula imej kesetiaan mereka terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi ukuran ahli PKR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini