Chong Wei selamat pulang ke Malaysia - Utusan Malaysia

Chong Wei selamat pulang ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada malam ini setelah selesai menjalani rawatan untuk penyakit kanser hidung dihidapinya di luar negara.​​​​

Beliau yang menaiki jet peribadi tiba pada pukul 9.15 malam dan dilihat menaiki sebuah dari empat kereta mewah yang mengiringinya setelah keluar dari pesawat Asia Jet, perkhidmatan jet peribadi.

Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah menjalani rawatan kira-kira selama dua bulan di Taiwan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dibenarkan pulang hari ini oleh doktor yang merawatnya.

Chong Wei enggan ditemu bual pihak media yang menanti kepulangannya.  

Sejak pagi tadi, beberapa media tempatan menunggu kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. – Bernama 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini