Lacazette, Aubameyang menyerlah dalam amukan Arsenal - Utusan Malaysia

Lacazette, Aubameyang menyerlah dalam amukan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Oct. – Dua jaringan masing-masing menerusi Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang mengetuai amukan Arsenal 5-1 ke atas Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Bertandang ke Craven Cottage dengan keyakinan yang tinggi selepas memenangi lima perlawanan berturut-turut liga membolehkan Arsenal mendahului pada minit ke-29 hasil jaringan Lacazette.

Fulham kemudian menyamakan kedudukan 15 minit kemudian menerusi Andre Schuerrle.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan pelawat bagaimanapun bangkit meletakkan semula di depan empat minit berselang sejurus waktu rehat setelah tendangan voli Lacazette berjarak 20 meter merobek gawang Fulham.

Percaturan pengurus Unai Emery memasukkan Aaron Ramsey pada minit ke-69 membuahkan hasil 40 saat kemudian apabila pemain tengah kebangsaan Wales itu meletakkan Arsenal 3-1.

Aubameyang yang dimasukkan pada minit ke-62 menggantikan Danny Welbeck kemudian melengkapkan kemenangan bergaya skuad Gunners dengan jaringannya pada minit ke-79 dan 90.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini