Laman Edible beri peluang penduduk bercucuk tanam - Utusan Malaysia

Laman Edible beri peluang penduduk bercucuk tanam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Subang Jaya 7 Okt. – Sebanyak 560 pemilik unit di Pangsapuri Bandar Bukit Puchong di sini bakal menerima manfaat daripada ‘Laman Edible’ yang akan dibina di kawasan berkenaan.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Subang Jaya, Noraini Roslan berkata, projek rintis ruang kejiranan itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

“Laman berkeluasan 196 meter itu diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk untuk bercucuk tanam pada waktu lapang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan projek ini dapat melahirkan komuniti yang lebih produktif selain merapatkan hubungan sesama penduduk melalui aktiviti yang akan dijalankan di laman tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pembinaan projek rintis ruang kejiranan, Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini