Projek bermanfaat besar diteruskan - Utusan Malaysia

Projek bermanfaat besar diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 7 Okt. – Kerajaan tidak akan menghentikan pelaksanaan projek-projek yang memberi manfaat besar kepada masyarakat termasuk berskala kecil dan pembinaan masjid yang dianugerahkan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, apa yang dilakukan kerajaan pada masa ini adalah menangguhkan sementara projek berkenaan bagi membuat kajian dan penyelarasan.

“Ketika ini banyak pihak tertentu kecewa sebab itu mereka buat cerita macam-macam seolah-olah kita berhentikan semua projek di kampung-kampung dan projek kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan teruskan projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Sebab itu saya ditugaskan membuat kajian projek yang sakit. Sesetengah projek sudah terima bajet tetapi tidak jalan-jalan juga,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Makan Malam DAP Mentakab di sini malam tadi.

Yang hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini