Timb. Ketua UMNO Sekijang, 300 pengikut sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Timb. Ketua UMNO Sekijang, 300 pengikut sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT 6 Okt. – Veteran UMNO Segamat yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Sekijang, Datuk Alus Kassim hari ini mengumumkan keluar parti selepas lebih hampir 40 tahun berkhidmat dalam parti itu.

Alus berkata keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada masa kini yang tidak selari dengan perjuangannya.

“Pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini sudah tergelincir dari matlamat asal dan tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Umno sudah lari dari perjuangan dan langsung tidak ada usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti sudah bermula.

“Selepas bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini,” katanya dalam satu kenyataan, di hari ini.

Selain itu, Alus turut mengumumkan bahawa 300 ahli UMNO bahagian itu akan mengikut beliau menyertai Bersatu serta menyokong penuh Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Keputusan kami ini adalah secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan ataupun imbuhan yang dijanjikan oleh mana-mana pihak,” kata Alus.

Sementara itu, menurut Ketua Bersatu bahagian Sekijang, Uzzair Ismail, penghijrahan Alus bersama hampir 300 ahli Umno hari ini menyaksikan Umno hari ini tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

“Tidak ada tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan Umno ini, tambah pula Umno hari ini sudah terpalit dengan pelbagai skandal dan salah laku.

Menurutnya lagi sebagai parti yang masih baru, Bersatu amat mengalu-alukan penyertaan Alis dan 300 yang lain dan berharap agar mereka yang berpengalaman mampu membantunya membawa perubahan kepada masyarakat di Sekijang khususnya di negeri Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini