Rafizi dahului Azmin dengan kelebihan 289 undi di Kelantan - Utusan Malaysia

Rafizi dahului Azmin dengan kelebihan 289 undi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencipta kejutan apabila mendahului Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan 289 undi bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan bagi jawatan Timbalan Presiden.

Menurut kemaskini terbaru laman web rasmi parti berkenaan pada pukul 10.08 malam, Rafizi memperoleh 5,211 undi berbanding Mohamed Azmin dengan 4,922 undi.

Rafizi melalui akaun facebooknya berterima kasih kepada pengundi di Kelantan dan Terengganu kerana memilihnya di kedua-dua negeri tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga terharu kerana dokongan dari cabang-cabang itu cukup jelas. Mengikut keputusan tidak rasmi setakat ini, saya menang tujuh daripada lapan cabang di Terengganu dan menang sembilan daripada 14 cabang di Kelantan.

“Ini meneruskan trend di Pulau Pinang dan Johor yang meletakkan saya di hadapan dari segi jumlah cabang-cabang yang menyokong dan mengundi saya, walaupun beza undi keseluruhan itu sangat rapat,” katanya.

Katanya, perbezaan undinya dengan Mohamed Azmin hanyalah 177 undi daripada lebih 28,000 anggota yang telah mengundi di empat buah negeri berkenaan.

Terdahulu, proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membabitkan 14 cabang berlangsung dalam keadaan aman namun dicemari dengan beberapa insiden masalah teknikal.

Pada proses pemilihan itu sebanyak lima cabang iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa dan Bachok yang dikenalpasti lokasi panas berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini