Syed Saddiq kecewa masalah pengurusan AMD - Utusan Malaysia

Syed Saddiq kecewa masalah pengurusan AMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan pelbagai kepincangan dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) hasil lawatan mengejutnya di akademi bola sepak berkenaan dekat Gambang di sini hari ini.

Beliau berkata, akademi dibina dengan harga RM85 juta itu dilihat gagal menepati tujuan pembinaannya sebagai pusat latihan dalam melahirkan bakal pelapis Mokhtar Dahari di negara ini dan bakat bola sepak bertaraf antarabangsa berikutan serba kekurangan dari segi kemudahan latihan dan peralatan.

“Saya sangat kecewa sebaik melihat sendiri permasalahan berlaku di AMD terutama berkaitan kemudahan dan peralatan di situ. Lebih menyedihkan perkara asas melibatkan aspek pemakanan tidak diberi penekanan sehingga ada pemain terpaksa berlapar kerana makanan disediakan tidak menepati kualiti ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah lain pula seperti bola sepak digunakan untuk latihan tidak mencukupi hingga memberi kesan terhadap prestasi pemain termasuk padang latihan yang dilanda banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa lebih dua jam melawat akademi itu selepas mendapat maklum balas pada sesi dialog bersama beberapa peminat bola sepak tanah air di Kuala Lumpur semalam yang memintanya membuat audit mengenai segala peruntukan diberikan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini