Anwar gembira Dr. M bantu berkempen - Utusan Malaysia

Anwar gembira Dr. M bantu berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 5 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turun ke Port Dickson, Isnin ini bagi membantu beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Calon Pakatan Harapan(PH) itu percaya kehadiran Pengerusi PH itu mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan penduduk di daerah ini.

Beliau yang pernah berada dalam Kabinet bersama Dr. Mahathir memberitahu, sejak dahulu lagi Perdana Menteri jarang turun padang membantu dalam kempen PRK dan menyerahkan tugas itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi kali ini, nampak beliau sedia datang dan ini satu petanda baik untuk Port Dickson.

“Maknanya bukan sahaja saya telah beri jaminan untuk bantu Port Dickson tetapi Perdana Menteri sekarang pun hadir untuk bersama rakyat,” katanya ketika berucap dalam Program Sembang Santai Bersama Usahawan Desa anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Kuala Lumpur hari ini, Dr. Mahathir berkata, beliau akan turun membantu Anwar dalam kempen PRK Parlimen Port Dickson. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini