PDRM umum pertukaran enam pegawai - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran enam pegawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan enam pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 5 November depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut membabitkan Superintendan Urusetia, Bahagian Urusetia, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunti (JPJKK) Bukit Aman, Superintendan Razali Abu Samah yang ditukarkan kepada Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu, Deputi Superintendan Kamsani Hassan pula akan memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Terengganu dan memangku pangkat Superintendan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam pada itu, Deputi Superintendan Cawangan Pentadbiran, Bahagian Urus Tadbir/Kepolisan Am Maktab PDRM Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Megat Ayop Megat Arifin ditukarkan menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Perlis juga memangku pangkat Superintendan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Asmawati, pegawai lain yang turut terlibat dengan pertukaran ini adalah Ketua Polis Daerah Keningau, Sabah, Deputi Superintendan Ahmad Jawila yang akan memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah dengan memangku pangkat Superintendan.  

“Sementara itu, Timbalan JSJN Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Pang Jin Lai ditukarkan kepada Ketua JSJN Negeri Sembilan yang turut memangku pangkat Superintendan.

“Mengakhiri senarai pertukaran pegawai ialah Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Integriti) Kedah, Deputi Superintendan Azmi Ismail akan ditukarkan jawatan sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah dengan memangku pangkat Superintendan,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini