Calon bebas dakwa PH `beli undi' di Port Dickson - Utusan Malaysia

Calon bebas dakwa PH `beli undi’ di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 5 Okt. – Calon Bebas, Steven Chan Keng Leong kecewa kerana amalan politik lama iaitu ‘membeli undi’ dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Bersih 2.0 semalam turut memaklumkan PH melakukan kesalahan paling banyak dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong baru-baru ini antaranya menggunakan aset kerajaan, menawarkan hadiah dan makanan percuma untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Katanya, walaupun rakyat telah menukar kerajaan pada 9 Mei lalu tetapi jika amalan itu dibiarkan, rakyat akan kembali ke zaman lama yang penuh dengan penganiayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mendakwa terdapat beberapa bukti perkara tersebut berlaku di Port Dickson iaitu;

* Calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pengundi bahawa beliau telah memperoleh dua projek swasta untuk dilaksanakan di Port Dickson jika menang.

* Majlis makan malam bernilai RM200,000 anjuran persatuan-persatuan tempatan yang ditaja oleh penderma dari Hong Kong.

* Kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam majlis penyampaian anugerah untuk veteran tentera di Muzium Tentera Port Dickson bahawa kebajikan mereka dijaga sekiranya Anwar menang.

* Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menganjurkan konsert percuma dengan membawa artis terkenal dan pemeriksaan kesihatan percuma pada 5 dan 6 Oktober.

* Anwar melancarkan program tuisyen dalam talian percuma semalam.

Keng Leong berkata, beliau telah menandatangani ikrar Bersih 2.0 untuk memastikan pilihan raya bebas serta adil dan menggesa semua calon PRK Parlimen Port Dickson menandatangani ikrar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini