22 Okt. diisytihar cuti peristiwa Kedah - Utusan Malaysia

22 Okt. diisytihar cuti peristiwa Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 4 Okt. – Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan 22 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena pertabalan Sultan Kedah Ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, cuti umum yang diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri itu tertakluk kepada semua rakyat Kedah bagi membolehkan mereka meraikan hari yang bersejarah itu.

“Kami memutuskan 22 Oktober ini sebagai cuti peristiwa berikutan pertabalan akan berlangsung di Istana Anak Bukit di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu tidak akan menjejaskan kuota cuti tahunan negeri kerana ia hanya berlaku sekali sahaja, bukannya sebagai cuti tahunan,” katanya selepas mempengerusikan MMK di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurutnya, pertabalan kali ini merupakan peristiwa bersejarah memandangkan kali terakhir ia diadakan 59 tahun lalu iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28.

Sultan Sallehuddin diisytiharkan sebagai Sultan Kedah Ke-29 pada 12 September tahun lalu bagi menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim yang mangkat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini