KOTA BHARU 4 Okt. – Ahli PKR diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan semasa proses pemilihan pucuk pimpinan parti yang membabitkan 14 cabang di negeri ini esok.
Ahli Biro Politik PKR, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, setiap ahli perlu mengamalkan hak demokrasi bagi memilih calon terbaik dalam kalangan pimpinan yang bertanding.
“Saya datang sini untuk memerhati dan memberi galakan kepada ahli PKR supaya mereka mengamalkan hak demokrasi untuk memilih calon terbaik dalam kalangan pemimpin yang ada.
“Kita juga berharap tiada kekecohan yang timbul esok,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang kononnya akan berlaku kekecohan semasa proses pemilihan PKR di lima kawasan di negeri ini esok iaitu di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Pasir Mas, Bachok dan Gua Musang. – UTUSAN ONLINE











