Enam pusat urut haram tawar seks diarah tutup serta-merta - Utusan Malaysia

Enam pusat urut haram tawar seks diarah tutup serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebanyak enam pusat urut haram yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan diserbu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Danau Kota, Wangsa Maju di sini.

Serbuan sekitar pukul 4 petang itu dijalankan seramai 50 anggota penguat kuasa DBKL.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, serbuan itu merupakan tindakan susulan daripada operasi terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua pusat urut yang diserbu hari ini pernah dikenakan tindakan sita dan diarahkan tutup sebelum ini. Hasil siasatan didapati mereka masih lagi meneruskan operasi.

“Kami percaya pengusaha pusat urut ini mampu menjana pendapatan lumayan setiap bulan sehingga sanggup melanggar arahan penutupan yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Operasi Premis Perniagaan Tanpa Lesen hari ini.

Menurut Azman, kesemua pusat urut yang diserbu dikenakan tindakan sita barangan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kotak kondom dan merobohkan struktur binaan di dalam premis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini