Remaja mangsa lemas di lombong ditemui 800 meter dari lokasi kejadian - Utusan Malaysia

Remaja mangsa lemas di lombong ditemui 800 meter dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG – Mayat remaja lelaki mangsa lemas, Muhammad Ilham Famy Mohammad Azzam, 17, ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi kejadian di lombong di Taman Putra Perdana di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa ditemui terapung 800 meter di atas air.

“Kita telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya khidmat Unit Pengesan Anjing (K9) dan pasukan penyelam bomba dan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kita sedang melakukan pemantauan 800 meter dari tempat kejadian, anggota penyelamat telah menemui mayat mangsa terapung.

“Mayat mangsa yang dijumpai telah dikenal pasti identitinya oleh keluarga.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Kes tersebut dikelaskan sebagai mati mengejut (SDR) dan operasi berakhir kira-kira pukul 6.30 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini