PM gesa pakar industri bantu tingkatkan TVET - Utusan Malaysia

PM gesa pakar industri bantu tingkatkan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pakar industri di negara ini digesa membantu dan menyokong pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pembangunan modal insan bagi menuju negara maju.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam pembangunan modal insan, Malaysia amat memerlukan acuan tersendiri.

“Malaysia yang maju dan dinamik perlu semua potensi kemahiran daripada rakyatnya. Saya amat berharap penglibatan industri dapat bergiat aktif termasuk dalam pertandingan-pertandingan kemahiran bagi meningkatkan kompetensi serta menyumbang kepada industri itu sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan modal insan yang holistik dan ada sifat-sifat insaniah,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini