Guna kaedah pam air untuk kesan remaja lemas - Utusan Malaysia

Guna kaedah pam air untuk kesan remaja lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan kaedah mengepam air dari kawasan Lombong Taman Putra Perdana di sini bagi mengesan remaja lelaki yang dilaporkan lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pendekatan tersebut diambil untuk mengurangkan kapasiti air di dalam lombong berkenaan bagi mengesan mangsa. 

“Kami akan menggunakan satu pam air yang mempunyai kemampuan untuk menyedut 20 kubik meter air per saat dan dijangka mengambil masa selama beberapa jam untuk memastikan air di lombong tersebut surut. 
  
“Sebaik paras air surut, kami akan melakukan operasi SAR secepat mungkin bagi mengesan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

 Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil selepas pihaknya membuat penilaian bersama agensi lain termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). 

“Kami tidak boleh membuka pintu air di lombong kerana tindakan itu akan menyebabkan limpahan air di kawasan sekitarnya.

“Dalam masa yang sama, kami masih menggunakan khidmat Unit Pengesan Anjing (K9) bagi menghidu bau mayat, manakala pasukan penyelam diletakkan dalam keadaan bersedia dan akan melakukan selaman sebaik keadaan selamat,” ujarnya.

Beliau berkata, sehingga masa kini, seramai 150 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi SAR berkenaan. 

“Sebanyak empat bot milik polis, bomba dan APM digunakan dalam operasi ini. 
 
“Sehingga masa kini, lokasi mangsa masih belum dikesan dan arus air masih lagi deras, namun kami percaya mangsa berada tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini