Bomba lemas: Suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera - Utusan Malaysia

Bomba lemas: Suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebuah suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian membabitkan enam anggota Bomba dan Penyelamat yang lemas dalam tragedi air berpusar ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di Taman Putra Puchong di sini malam tadi.

Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hasil siasatan suruhanjaya itu juga perlu bagi menjawab semua spekulasi dan persoalan yang ditimbulkan berikutan kejadian itu.

Katanya, kematian akibat lemas itu barangkali boleh dihalang sekiranya semua agensi dan pihak berkuasa tempatan proaktif dan tidak hanya menunggu sehingga tragedi seumpama itu berlaku untuk ‘bertindak’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu insiden yang sama berulang lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua jenazah mangsa disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi ini dan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini