Anggota bomba lemas: Jenazah Adnan selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Anggota bomba lemas: Jenazah Adnan selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Jenazah penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Adnan Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lukut pukul 2.00 petang ini.

Jenazah diiringi kira-kira 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan Allahyarham dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Talkin dibacakan oleh Imam Tiga Masjid Kariah Lukut, Ahmad Sumeh Mad Muhtar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, jenazah Allayarham yang dibawa dari Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam, Selangor tiba di rumah keluarganya di Taman Jaya Lukut pukul 11.48 pagi sebelum dibawa ke Masjid kariah Lukut Mukim Port Dickson untuk disolatkan sekali lagi.

Isteri Allahyarham Adnan, Norshamiza Salleh, 32, ketika ditemui pemberita berkata beliau.redha dengan ujian pemergian suami tersayang.

“Saya tidak tahu nak cakap apa, kejadian dah berlaku dan saya berfikiran positif kerana suami pergi dalam keadaan baik,” katanya.

Adnan meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak masing-masing berumur tiga dan lima tahun.

adnan
Norshamiza (kanan) menyiram air ke pusara Adnan Othman di Tanah Perkuburan Raja Jumaat, Lukut hari ini. Foto oleh ABD RAZAK AID

Semalam, enam anggota penyelam PPDA maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di sebuah lombong di Puchong. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini