Kerajaan bertanggungjawab perjelas kematian anggota bomba - Mufti Perlis - Utusan Malaysia

Kerajaan bertanggungjawab perjelas kematian anggota bomba – Mufti Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMP 4 Okt. – Kerajaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan segera dan menjelaskan tragedi yang meragut nyawa enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika melakukan misi mencari mangsa lemas di kawasan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin 

Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri  Zainul Abidin  berkata, tragedi yang berlaku malam tadi tidak boleh dianggap sebagai remeh kerana insiden memilukan itu bukan melibatkan satu nyawa yang boleh dianggap sebagai satu kemalangan sebaliknya enam nyawa terkorban.

“Perkataan ‘sudah takdir’ untuk pegangan jiwa seorang individu mukmin antara dia dan Allah. Namun, bagi sebuah kerajaan, ia bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apakah yang sebenarnya terjadi supaya tidak diulangi kelemahan yang lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak munasabah untuk mencari satu jenazah membawa kepada korban enam nyawa yang masih muda dan amat berharga,” kata Dr. Mohd. Asri dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Dr. Mohd. Asri berkata, semua  anggota bomba merupakan wira bangsa yang tidak ternilai khidmat dan budi kepada rakyat.

Beliau turut mendoakan semoga Allah memberikan ganjaran besar atas pengorbanan mereka yang terkorban dan ditempatkan di syurga yang mulia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini