Majlis kontroversi bukan anjuran Ketua Menteri - Utusan Malaysia

Majlis kontroversi bukan anjuran Ketua Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 3 Okt. – Kerajaan negeri hari ini menjelaskan majlis penutupan mini karnival sempena sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Jasin yang dijadualkan pada Ahad ini bukan diatur oleh pejabat Ketua Menteri.

Sebaliknya, program itu yang menimbulkan kontroversi apabila tular dalam media sosial menjemput wakil rakyat bukan Islam untuk majlis perasmian penutup dianjurkan pejabat agama Islam daerah.

Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Taufek Yahya berkata, program tersebut tiada kena mengena de­ngan Ketua Menteri, Adly Zahari malah jemputan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Wong Fort Pin itu dilakukan oleh Kadi daerah Jasin setelah mendapat pandangan pejabat mufti negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami dimaklumkan pejabat mufti membenarkan jemputan itu kerana ia dibuat di luar masjid iaitu tempat letak kereta. Bagi mengelakkan kontroversi, majlis penutupan akan disempurnakan Speaker DUN, Omar Jaafar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu tersebut yang tular apabila seorang pembaca memuat naik status dalam laman sosial Facebook mempersoalkan tindakan Adly menghantar wakil berkenaan bersama salinan atur cara program itu yang dijadual diadakan di Masjid Al-Ghaffar Jasin bermula pukul 7 pagi pada hujung minggu ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini