[VIDEO] Anggota bomba lemas: Ibu bangga dengan pengorbanan Muhammad Hifdzul Malik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Anggota bomba lemas: Ibu bangga dengan pengorbanan Muhammad Hifdzul Malik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Ibu anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, bangga dengan jasa dilakukan mangsa walaupun nyawanya terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi.

Wan Kamilah Wan Yaacob, 53, berkata, dia reda dengan kejadian itu kerana Muhammad Hifdzul atau mesra dipanggil Joe Syahid ketika menjalankan tugas yang menjadi minat sejak kecil lagi.

 “Arwah memang cukup minat dengan bomba, sebaik sahaja menamatkan pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dia terus memohon untuk menjadi anggota pasukan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah lima tahun, arwah bertugas sebagai anggota bomba PPDA dan apa yang berlaku semua ini adalah satu ketentuan daripada Allah,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Terap di sini hari ini.

Wan Kamilah memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sejak dua hari lalu selain menyifatkan Allahyarham adalah anak yang baik, peramah dan sering mengambil berat soal keluarga.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, enam anggota bomba dari PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat sejak petang.

Lima lagi anggota bomba yang terkorban ialah Mohd. Fatah Hashim, 34; Adnan Othman, 33; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.  – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini