Banjir kilat landa Jitra, 43 mangsa terpaksa berpindah - Utusan Malaysia

Banjir kilat landa Jitra, 43 mangsa terpaksa berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 4 Okt. – Hujan lebat selama empat jam bermula pukul 3 pagi dan masalah perparitan di Kampung Gelam, Jitra menyebabkan kira-kira 12 rumah dilanda banjir kilat, pagi tadi.

Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata, kira-kira 43 mangsa terpaksa berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran selepas air naik dengan kedalaman 0.45 meter.

“Hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan berlakunya banjir kilat di kampung tersebut. Masalah saliran perparitan juga antara faktor yang menyebabkan banjir tersebut namun JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengambil langkah untuk mengatasinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka sehingga kini dan air banjir juga beransur-ansur surut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamarulzaman memberitahu, pihaknya turut membantu seorang lelaki lumpuh berusia 48 tahun berpindah ke rumah saudaranya setelah rumah yang didiami turut terjejas dalam kejadian banjir kilat berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini