KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini sekali lagi menjadi tumpuan media apabila terdapat dua kes masing-masing membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Pada pagi ini, Najib menjalani sebutan semula kes melibatkan empat pertuduhan pecah amanah manakala Rosmah berhadapan dengan pertuduhan baharu.
Difahamkan kes pertuduhan kali ini menarik perhatian semua apabila Najib dan Rosmah datang ke mahkamah untuk menjalani prosiding pada hari yang sama.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdapat dua kaunter yang telah diasingkan disediakan pihak mahkamah untuk pihak media bagi pengambilan pas yang bertujuan memudahkan wartawan dan jurugambar untuk membuat liputan. – K! ONLINE











