Ancelotti puas hati lihat kemenangan pada minit ke-90 - Utusan Malaysia

Ancelotti puas hati lihat kemenangan pada minit ke-90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES, Itali – Pengurus Napoli, Carlo Ancelotti berkata dia sangat gembira menunggu sehingga tamat 90 minit perlawanan sewaktu pasukannya meraih kemenangan lewat menewaskan Liverpool dengan keputusan 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan C, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut gol kemenangan Napoli dijaringkan oleh Lorenzo Insigne menerusi rembatan kencang kaki kanan pada minit ke-90 selepas memanfaatkan hantaran daripada Jose Callejon.

“Pasukan telah mempamerkan aksi yang amat menarik pada hari ini dan kami tidak hilang kawalan sepanjang perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Corak permainan bertahan kami juga amat baik malah saya dapat lihat semua pemain memberikan sepenuhnya komitmen di atas padang,” kata Ancelotti.

Kemenangan tersebut membolehkan Napoli berada di tangga teratas Kumpulan C dengan empat mata manakala Liverpool di kedudukan kedua kurang satu mata daripada pendahulu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini