AMK perlu berani tegur pemimpin - Utusan Malaysia

AMK perlu berani tegur pemimpin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Okt. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) diingatkan supaya menjadi sebuah jentera yang berani menegur kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan hari ini sekiranya berlaku sebarang ketempangan.

Calon Timbalan Ketua Pemuda PKR,  Hilman Idham berkata, setiap ahli perlu melihat peranan AMK secara holistik supaya menjadi sebuah sayap yang berani dan progresif.

“Sayap pemuda memainkan peranan yang cukup penting kerana menjadi ejen semak dan imbang dalam parti. Malah,  perlu memastikan supaya kerajaan hari ini melaksanakan setiap agenda reformasi dan aspirasi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga perlu mengambil iktibar daripada kenyataan Khairy Jamaluddin (bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO) yang mengatakan parti itu tumbang apabila kegagalan pemudanya untuk menegur pucuk pimpinan.

“Jadi,  ahli AMK perlu memainkan peranan dan jangan bertindak seperti Pemuda UMNO yang tunduk kepada pemimpin yang rakus sebelum ini sekali gus bersedia membulatkan tekad dan muafakat,” katanya di sini hari ini.  

Beliau berkata demikian sebelum mengadakan mesyuarat tertutup bersama  calon-calon ketua AMK bagi 14 cabang PKR di negeri ini.  

Mengulas lanjut,  Hilman yang berada di dalam kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin mendapat sokongan padu dalam pemilihan PKR di negeri ini.  

“Kita cukup optimis untuk menang di negeri ini sebab persediaan sudah dilakukan bersama AMK negeri dengan menyusun jentera untuk bekerja dengan baik nanti, di samping pelbagai tawaran yang diberikan,” jelasnya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini