KAHERAH 3 Okt. – Sebuah kilang milik Syarikat Industri Petrokimia Kebangsaan Arab Saudi (NATPET) terbakar menyebabkan seorang pekerja maut manakala 11 lagi cedera di wilayah Yanbu di Laut Merah.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Diraja Jubail dan Yanbu seperti dipetik oleh stesen televisyen Al-ekhbariya, kebakaran berkenaan berlaku tengah hari semalam.
Namun, kebakaran terbabit telah terkawal dan pasukan insiden industri sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ujar jurucakap terbabit, Abdul Rahman Abdul Qader, laporan awal mendapati kebakaran itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal yang berkaitan dengan proses industri. – REUTERS











