‘Saya tidak dibenarkan bercakap’ - Utusan Malaysia

‘Saya tidak dibenarkan bercakap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Okt. – Manchester United telah melarang bintang tengah mereka, Paul Pogba daripada bercakap kepada media, lapor akhbar Britain, Sun.

Spekulasi mengenai masa depan Pogba di Old Trafford mula timbul selepas perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City pada 11 Ogos lalu apabila dia memberitahu, dia tidak dapat membincangkan mengenai kedudukannya tanpa terpalit rasa bimbang bakal dikenakan tindakan. Pogba ketika itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Bulan lalu, bintang Piala Dunia Perancis itu secara terbuka mengkritik taktik bertahan pengurus United, Jose Mourinho ketika United seri 1-1 dengan Wolverhampton dengan menegaskan, pasukan mempunyai kewajipan untuk ‘menyerang, menyerang, menyerang’ di Old Trafford.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika melintasi ‘mixed zone’ (zon di mana media dibenarkan menemubual pemain dan jurulatih) sejurus tamat perlawanan Liga Juara-Juara yang berkesudahan United seri 0-0 dengan Valencia hari ini, Pogba dipanggil oleh sekumpulan wartawan yang menunggu.

Dia bagaimanapun memberitahu mereka: “Saya sudah diberitahu bahawa saya tidak dibenarkan (bercakap)”.

Ini kali pertama United cuba ‘menutup’ mulut Pogba, yang sebelum ini mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya dalam satu temubual televisyen.

Bulan lalu, dia memberitahu stesen German TV: “Masa depan saya sekarang adalah di Manchester. Saya masih ada kontrak, saya bermain di sana ketika ini tetapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa depan?”.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu dikatakan amat berminat untuk menyertai juara La Liga, Barcelona hanya selepas dua tahun setengah kembali ke Old Trafford.

Menurut akhbar Britain, Pogba sudah tidak punya hati untuk kekal bersama United sekali pun jika Mourinho dipecat.

Minggu lalu, Mourinho bertindak melucutkan lilitan penolong kapten yang dipegang Pogba kerana menyifatkan pemain itu tidak menunjukkan kualiti untuk menggalas tugas pemimpin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini