Lelaki sumbat kanak-kanak dalam mesin basuh ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki sumbat kanak-kanak dalam mesin basuh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis hari ini menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam mesin basuh selama 20 minit di dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, suspek berusia 27 tahun yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Selangor, semalam.

“Menurut ibu mangsa, dia ternampak suspek yang juga merupakan abang kandungnya memasukkan seorang anak lelakinya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh dengan niat untuk bergurau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa kini direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala ibu kanak-kanak yang berusia 25 tahun juga disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media sebalum ini melaporkan, gurauan bapa saudara yang memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh membawa padah apabila kanak-kanak tersebut terperangkap di dalam mesin basuh itu selama 20 minit.

Sebuah video berdurasi dua minit 46 saat berhubung kejadian tersebut turut tular dalam media sosial serta menunjukkan beberapa individu cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.

Mereka bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh berkenaan selepas usaha membuka pintu mesin itu tidak berhasil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini