Hospital cuai: KKM telah tubuh panel penyiasat - Utusan Malaysia

Hospital cuai: KKM telah tubuh panel penyiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 3 Okt. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Panel Penyiasat Jawatkuasa Siasatan Bebas bagi menyiasat kematian seorang pesakit wanita, M. Savunthary, 56, di Hospital Selayang pada Januari lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak hospital.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mengambil maklum dengan aduan yang tular di media sosial itu dan KKM telah pun menubuhkan jawatankuasa itu pada 25 September lalu.

“KKM memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, hasil siasatan hanya akan dimaklumkan kepada ahli keluarga atau waris pesakit bagi mengawal kerahsiaan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial tentang kematian Savunthary yang didakwa datang ke Hospital Selayang sebagai pesakit asma pada 24 Januari lalu tetapi telah disuntik dengan ubat yang salah sehingga menyebabkan kakinya kebas dan meninggal dunia.

Pihak Hospital turut didakwa mengakui bahawa kecuaian dalam perubatan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas merupakan punca utama kejadian itu.

Khalid dalam pada itu menegaskan, KKM juga tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapat rawatan di fasiliti KKM.

“Adalah menjadi keutamaan KKM untuk sentiasa memastikan keselamatan pesakit dan perkhidmatan kepada pelanggan diberi mengikut standard yang ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini