Industri kewangan Islam Malaysia semakin matang  - Utusan Malaysia

Industri kewangan Islam Malaysia semakin matang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Persekitaran kewangan Islam di Malaysia dilihat semakin matang dan menarik dengan penglibatan pelbagai pemain industri termasuk syarikat perundangan, perakaunan, teknologi dan penarafan, serta platform perdagangan komoditi.

Timbalan Menteri Kewangan Daruk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, ia sekali gus membolehkan Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri kewangan Islam. 

Katanya, Malaysia juga terus menjadi pemacu utama pasaran sukuk selepas berjaya menerbitkan kira-kira 51 peratus daripada sejumlah AS$396 bilion (RM1.64 trilion) terbitan sukuk tahun lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia terus mengungguli dalam industri pengurusan kekayaan Islam dengan penguasaan pasaran global sebanyak 36.5 peratus sehingga akhir tahun lalu,” katanya pada ucapan perasmian Forum Kewangan Islam Global 2018 di sini hari ini. 

Yang turut hadir Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Presiden Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini