Real mula rasai kehilangan Ronaldo - Utusan Malaysia

Real mula rasai kehilangan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON –  Juara bertahan, Real Madrid tewas mengejut 0-1 kepada kelab Rusia, CSKA Moscow dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah di Moscow, awal pagi tadi.

Real yang menjuarai trofi Eropah ini buat kali ketiga berturut-turut musim lalu, dibolosi gol pantas pada awal permainan hasil jaringan pemain pinjaman CSKA dari Everton, Nikola Vlasic pada minit ke-2

Kelab gergasi Sepanyol itu hampir menyamakan kedudukan pada babak pertama menerusi percubaan Casemiro, namun bola terkena palang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekalahan ini menyaksikan skuad kendalian pengurus baharu, Julen Lopetegui itu kini gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas tewas 1-4 kepada Sevilla dan seri tanpa jaringan dengan Atletico Madrid pada saingan La Liga minggu lalu.

Penjaga gol CSKA, Igor Akinfeev pula diperintahkan keluar padang selepas menerima dua kad kuning kerana melengah-lengahkan masa.

Aksi jaringan kemenangan yang dilakukan Nikola Vlasic (perlawanan pada aksi awal pagi tadi.Aksi jaringan kemenangan yang dilakukan Nikola Vlasic (perlawanan pada aksi awal pagi tadi.

“Sudah tentu beraksi di tempat sendiri dan mendapat gol pantas banyak membantu mereka (CSKA), namun kami juga tidak menggunakan peluang kami dengan baik.

“Kami harus mencipta lebih banyak peluang jaringan dan saya yakin lambat laun kami akan mula menjaringkan gol,” jelas Lopetegui.

Sementara itu, pengurus CSKA, Viktor Goncharenko memuji persembahan menakjubkan Vlasic serta barisan pertahannya yang memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka.

Namun dalam masa yang sama dia terkilan di atas penggantungan Akinfeev ekoran layangan kad merahnya.

“Dia adalah antara pemain penting bagi pasukan ini. Kami terpaksa melupakan khidmatnya pada pertemuan seterusnya,” ujarnya. – Agensi

Pemain CSKA Moscow meraikan gol pertama mereka.Pemain CSKA Moscow meraikan gol pertama mereka. 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini