Visa, Pas Malaysia berwajah baharu - Utusan Malaysia

Visa, Pas Malaysia berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Semua pemegang pasport antarabangsa warga asing wajib menggunakan reka bentuk baharu pelekat Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang memiliki ciri-ciri keselamatan tinggi bagi mengelak dipalsukan mulai Disember tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua pelekat itu memiliki penambahan terapan hologram kepada cetakan intraglion dwiwarna sebagai perlin­dungan keselamatan utama selain memiliki reka bentuk latar belakang dan nombor siri cetakan pelangi.

Jelas beliau, pembaharuan tersebut diperkenalkan oleh pihaknya kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menciplak reka bentuk pas itu sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan usaha berterusan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedau­latan negara khususnya melibatkan dokumen pengenalan orang asing yang memasuki Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Reka Bentuk Baharu Pas dan Visa Malaysia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini