SPRM ‘tunggu’ Datuk Seri - Utusan Malaysia

SPRM ‘tunggu’ Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kumpul kekayaan yang dipercayai hasil penyeludupan sejak 30 tahun lalu hingga ada ahli keluarga dikatakan memiliki wang dianggarkan hampir RM400 juta dalam akaun bank.

Itu maklumat dan risikan awal dijalankan terhadap individu bergelar Datuk Seri selepas gudang penyimpanan kepak ayam yang dipercayai diseludup diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sebuah gudang di Miri, Sarawak pada Khamis lalu.

Siasatan mendapati kepak-kepak ayam yang diseludup dari negara jiran itu lepas masuk selepas sindiket yang didalangi Datuk Seri itu menyogok pegawai penguat kuasa di pelabuhan dan pintu-pintu sempadan antara Malaysia dan Brunei.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, sindiket tersebut juga dipercayai me­lakukan ikrar palsu dengan menyatakan barangan yang dibawa masuk adalah keperluan harian seperti sayur-sa­yuran sehingga menyebabkan kepak-kepak ayam yang mana penyembelihannya diragui itu berjaya melepasi sempadan negara.

“Hasil risikan dan maklumat mendapati di dalam akaun milik salah seorang ahli keluarganya sahaja terdapat hampir RM400 juta. Itu belum lagi dikira, jumlah di dalam akaun milik suspek dan proksi-proksinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber, susulan daripada itu, beberapa pegawai daripada beberapa agensi pe­nguat kuasa kerajaan yang terlibat dalam menerima rasuah bagi melancarkan proses penyeludupan tersebut akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat.

“SPRM masih menjalankan siasatan berhubung perkara ini, memandangkan Datuk Seri ini amat licik. Beliau dipercayai berada di luar negara dan akan dipanggil sebaik sahaja pulang ke negara ini,” ujarnya.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya mendedahkan seorang individu bergelar Datuk Seri disiasat SPRM kerana terlibat dalam penyeludupan kepak-kepak ayam diragui penyembelihannya.

Selain kepak ayam, pelbagai barangan lain seperti beras, rokok dan arak yang dipercayai diseludup disimpan di gudang-gudang milik Datuk Seri terbabit tanpa sebarang serbuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini