30 murid cemas bas sekolah terbakar - Utusan Malaysia

30 murid cemas bas sekolah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Okt. – Kira-kira 30 murid sekolah rendah berdepan detik cemas apabila sebuah bas sekolah yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Skudai, Kampung Laut berhampiran Skudai Parade, di sini hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pukul 2.15 petang sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan keterangan daripada pemandu berusia 24 tahun, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Senai ke pusat bandar raya ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
TERBAKAR
 

“Walau bagaimanapun, ketika melalui lokasi kejadian, pemandu menyedari asap keluar dari bahagian enjin belakang bas sebelum bertindak menghentikan bas sekolah berkenaan berhampiran sebuah kuarters kerajaan berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Khairul Azhar berkata, pemandu bas dan kesemua murid tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala bas berkenaan terbakar 90 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini