Sabri Yunus selamat jalani pembedahan - Utusan Malaysia

Sabri Yunus selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt.- Pelakon, Sabri Yunus selamat menjalani pembedahan membuang batu karang semalam di Hospital Ampang di sini.

Sabri, 57, berkata, dia mengetahui tentang penyakit batu karang itu sejak Selasa lepas dan tanpa menunggu dia terus bersetuju untuk menjalani pembedahan semalam.

“Alhamdulillah, saya sudah selamat jalani pembedahan dan dibenarkan keluar hari ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan say,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Sabri berkata, dia akan mengambil cuti selama seminggu dan akan mula berkerja sebagai pengarah bagi sebuah filem.

“Cuti tak lama, seminggu sahaja. Lepas itu saya akan mula mengarah sebuah filem,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini