Empat kanak-kanak hilangkan diri dari Taman Bakti - Utusan Malaysia

Empat kanak-kanak hilangkan diri dari Taman Bakti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 2 Okt. – Polis Seberang Perai Utara (SPU) sedang mengesan empat kanak-kanak yang melarikan diri dari asrama lelaki Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti di sini sejak dua hari lalu.

MUHAMMAD NUR KHIDIR AZRI
MUHAMMAD NUR KHIDIR AZRI 

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kanak-kanak berusia antara 9 hingga 12 tahun itu dipercayai melarikan diri melalui tingkap bilik asrama pada pukul 10 malam 30 September lalu.

Menurutnya, kehilangan mereka disedari oleh pembantu Kebajikan Masyarakat Rumah Kanak- Kanak tersebut yang kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kehilangan mereka yang menghuni di situ sejak enam tahun lalu disebabkan pengabaian oleh keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…
MUHAMMAD NUR IMAN ABDUL MU'MIN
 

“Kanak-kanak terbabit adalah Muhammad Nur Khidir Azri, 12, dari Taman Gurun Jaya, Gurun, Kedah; Idris Hakim Haslam, 11, dari Kuala Nerang, Kedah; Muhammad Nur Iman Abdul Mu’min, 9, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang dan Muhammad Aiman Abdul Razzaq, 12, dari Flat Simpang, Kuala, Alor Setar, Kedah.

“Pihak polis mengharapkan kerjasama masyarakat bagi menyalurkan maklumat berkaitan kanak-kanak ini dan boleh menghubungi talian hotline ibu pejabat Polis Daerah SPU 04-5762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 63 Akta Kanak-Kanak 2001. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini