As Shafa didakwa jual pakej umrah dan ziarah tanpa lesen - Utusan Malaysia

As Shafa didakwa jual pakej umrah dan ziarah tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 2 Okt. – Syarikat As Shafa Travel and Tours Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menjual pakej umrah dan ziarah tanpa lesen, tahun lalu.

Pengarah syarikatnya, Saripah Zainun yang hadir mewakili syarikat pengendali pelancongan itu, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap syarikat tersebut.

Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop menetapkan kes itu disebut pada 18 Oktober ini bagi memberi peluang syarikat berkenaan melantik peguam sebelum perbicaraan didengar.

Memuatkan artikel berkaitan…

As Shafa Travel and Tours didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 11.30 pagi, 1 Mei tahun lalu di Aras 5, Kaunter K6, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Natrah Fareha Rahmat mengikut Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini