Penduduk PD sambut baik kehadiran Anwar - Utusan Malaysia

Penduduk PD sambut baik kehadiran Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 2 Okt.- Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson semakin diterima baik para penduduk daerah ini yang rata-ratanya cukup teruja untuk menerima seorang bakal Perdana Menteri sebagai ahli Parlimen mereka.

Bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata, kempen turun padang Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson setakat ini berjalan lancar dan mendapat sambutan rakyat.

“Masih ada 10 hari lagi untuk tempoh berkempen dan menjelang hari pengundian, kempen-kempen untuk bertemu rakyat akan lebih giat dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang kami lakukan sekarang adalah untuk memperkenalkan Anwar kepada komuniti tempatan dan setakat ini orang ramai yang ditemui dilihat cukup teruja dapat berjumpa dengan Anwar terutama mereka yang telah bersama berjuang semasa era reformasi kira-kira 20 tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK Port Dickson di sini, hari ini.

Tambah Danyal, sepanjang kempen beramah mesra dan bertemu rakyat, Anwar turut mengambil maklum masalah dan isu yang diutarakan oleh mereka.

“Segala masalah tersebut merupakan isu yang sama semasa saya menjadi Ahli Parlimen di sini termasuklah berkaitan kesesakan jalan raya, pengangkutan awam, kebersihan dan projek-projek terbengkalai.

“Semua masalah ini telah dikenal pasti dan akan dilihat satu demi satu, oleh sebab itu kita membawa bakal Perdana Menteri ke Port Dickson untuk mencari jalan penyelesaiannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini